Apa Yang Kamu Rasa (Bahagian 3)
Ceritera disambung dengan pembuka kata selamat malam semua. Semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa. Terus direct to the point? Dan realitinya semuanya tentang kisah jual beli domain. Sila baca study case di bawah ye :
Kes 1 : Domain dan idea orang lain?
Errmm..mungkin ada yang tidak perasan semua ni. Nama domain itu sendiri melambangkan apakah isi kandungan di sebalik nama tersebut. Saya ambil satu contoh domain yang sudah pun terkenal dan domain tersebut telah membawa keuntungan hampir usd22 juta untuk tahun lepas. Domain tersebut ialah myweddingfavors.com (saja je ambik contoh ni sebab sekarang kan musim kahwin..ahak2) cuba lihat nama tersebut, mesti anda sudah dapat agak kan. Mesti tentang perkahwinan gift kan. Dan sudah tentu orang akan jangkakan ianya banyak pilihan gift yang akan ditawarkan. Tapi anda tak tahu adakah domain itu menjual atau sekadar menunjukkan maklumat yang ada di pasaran. Jadi anda pun pergi lawatlah domain tersebut. Dan sesudah sampai. Anda pun WOW! banyak nye pilihan dan pilihan tersebut pula datang dalam bajet yang anda inginkan. Lagilah WOW! WOW2! sampai dua kali. Apa yang anda perasan ialah, nama itu sendiri telah pun mengeluarkan semua idea-idea apa yang terkandung dalamnya dan yang penting sekali ianya sebuah idea yang telah berjaya membuat keuntungan kepada pemilik perniagaan tersebut. Apa kes nye? Kes nya di sini cuba tanya diri anda? Jika? Anda adalah pemilik domain tersebut dan pembuat idea dan perniagaan itu orang lain? Apa yang berlaku? Orang yang ingin buka perniagaan itu sudah tentu berduit kan? Dan sudah tentu anda tahu, berapa yang dia sanggup bayar untuk itu kan. Dan yang penting sekali, nama domain tersebut tersangatlah kene dengan perniagaan dia. Jadi, dapatlah durian runtuh. Saya pun tak berapa pasti nilai domain tersebut. Tapi it was very successful domaining that come with a perfect match with the content and business. Itulah kes domain dan idea orang lain.
Kes 2 : Domain dan idea anda
…to be continued..
Apa yang aku rasa (bahagian 2)
Jam menunjukkan pukul 8.50 pagi. Saya tengah sarapan pagi dek kerana perasaan malas menyelubungi diri. Padahal hari ini merupakan hari isnin. Orang keluar bekerja. Saya pula masih berada di rumah. Rupa-rupanya ada entri yang belum dihabiskan sebelum ini.
Entri disambung dengan pembuka bicara assalamualaikum, semoga kalian berada dalam keadaan sihat sentiasa dan ceria di pagi yang sungguh indah ini. Nikmat paling indah dalam dunia ini untuk manusia di muka bumi ini ialah nikmat masih lagi dikurniakan tubuh yang sihat untuk keluar mencari rezeki.
Kita imbau kembali cerita sebelum ini. Ceritanya terhenti di sebalik perkataan diamond. Kenapa dengan diamond? simbol betapa dalam nya cinta kepada kekasih anda? simbol kemewahan dan kecantikan bagi kaum hawa? ohhh! jika bagi peniaga pula, ianya simbol untuk mereka melakukan perniagaan yang melibatkan jumlah wang yang lumayan. Namun bagi saya ianya sebuah perkataan yang boleh dijual? pelik? percayalah..kerana ini benar.
Cerita sahaja perniagaan internet, semuanya tidak mustahil untuk dijual kan? bahkan maklumat pun boleh anda jual. Kita pergi lebih dekat lagi perkara kebiasaan anda selalu lakukan boleh kata setiap hari jika ada depan komputer. Apatah lagi jika mempunyai sambungan internet. Inilah perkara yang sering anda biasa lakukan. Type yahoo.com ke? google.com ke? youtube.com ke? ahmadamir.com? hehehe . Anda tidak perasankah yang anda type itu sebenarnya perkataan yang diakhiri dengan .com.
Apakah maksud sebenarnya disebalik .com ini. Jika mengikut maksud sebenarnya lebih kepada “domaining”. Domaining menjadi asas kepada setiap laman web yang kita lawati. Kerana mengikut asas alirannya, sesuatu laman web dipanggil mengikut nama yang diberikan. Barulah maklumat dari pangkalan data yang betul dapat dikeluarkan.
Jika dilihat lebih teliti. Gergasi-gergasi internet ini kebanyakkannya memilih domain yang pendek dan senang diingat atau pun yang penting sekali ianya melambang keunikan mereka dalam memberi isi maklumat yang ingin mereka sampaikan. Anda type je perkataan atau domain tu. Pasti anda sudah dapat agak isi disebalik perkataan itu kan. Kebiasaannya macam tulah.
Apakah kes dengan “diamond” tadi ? oklah berbalik kepada asal. Setiap domain ini terpaksa melalui proses pembelian dan pendaftaran hak milik sementara untuk sesuatu jangka masa untuk dimiliki. Makanya, kita terpaksa membayar sejumlah wang untuk memilikinya. Dan untuk memilikinya tidaklah semahal sebagaimana anda terpaksa membeli sebuah rumah, kereta, handset atau televisyen. nilainya tak lebih dari usd20 ke bawah anda boleh dapat daripada pada pembekal yang sah. Apa jadi jika perkataan atau domain yang anda nak itu sudah dimiliki oleh orang lain?cari yang baru?pun boleh jugak asalkan anda bahagia. Apa kata kalau ada antara mereka ini yang nak jugak perkataan yang mereka nak itu? terpaksalah mereka “deal” dengan pemilik asal kan. Harga yang ditawarkan sudah tentu lebih mahal dari harga asal? Berapa harga untuk perkataan “diamond” tadi? USD1,000,000 atas nama nya sahaja. Percaya atau tidak?percayalah!dan orang yang paling bertuah sekali ialah pemilik asal yang membeli hanya usd10 sahaja.
To be continued .. (domain melambangkan idea yang boleh dijual beli)
Adakah anda pernah rasa apa yang aku rasa?
Macam biasa entri bermula dengan gelak dahulu..ahaks2 (dalam english kene plural sebab banyak kali) . Tajuk yang ingin sekali ditulis pada hari ini ialah rasa dalam diri anda. Cuba tanya diri anda, pernah kah anda rasa sesuatu yang luar biasa dalam hidup anda? rasa apa ya? rasa sayang ? rasa teruja? rasa sedih? rasa coklat? rasa terlalu hebat? rasa rendah diri? rasa terkorban jiwa raga? rasa terasing? dan yang penting sekali ialah rasa bosan! hehehe .. semua rasa dan perasaan ini lahir dalam diri setiap manusia di atas muka bumi yang indah ini. Apabila anda rasa ada perasaan itu di lubuk sanubari anda. Maka lekas lah singgah ke blog saya..huhuhu..DONT PLAY-PLAY HIDE AND SEEK..Tidak bagus untuk kesihatan.
Direct terus kepada point entri. Tajuk asal sebenarnya entri kali ini ialah jual beli. Perniagaan lagi kan?tak habis-habis?naik muak dengar? jadi pergi saja ke blog lain baca. Saya hari ini ingin membawa pembaca ke sebuah lagi trading business dalam internet ini. Ianya dah lama sebenarnya tapi mungkin ramai yang mengambil tahu sahaja tetapi tidak mengambil peluang. Cuba anda fikir sejenak tentang cerita rekaan saya ini. Pada suatu hari, ceritera cinta bermula antara si boyfriend yang sedang bersiar-siar di taman bersama girlfriend. Tetiba si boyfriend pun melutut di depan si girlfriend lalu berkata ” Oh, my love, the rain was not fall, but my heart was fallin in love with you, and will you marry me? si girlfriend pun terharu lalu menerima lamaran si boyfriend tadi dengan menerima sebentuk cincin diamond ( yang tiruan je, sekadar cukup syarat je ). Oklah malas nak reka lagi, saya ambil perkataan “diamond” tadi.
Apabila sebut sahaja perkataan itu, apa sebenarnya trademark itu perkataan itu? Ianya melambangkan kemewahan? Dan pernahkah anda terfikir macam yang saya fikir? Perkataan itu sendiri boleh dijual? Betul ke? betul kot? macam mana ye? berapa ye harga untuk perkataan itu?
To be continued …



